BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Halaman

Ahad, 20 Jun 2010





Kek Coklat

 Bahan2:

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
Pukul telur hingga kembang
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak

Kek Oren

 Bahan2:

200gm butter
100gm planta ]
200gm gula halus
11/2 sudu kecil baking powder
5 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar sunquick
1 sudu besar susu pekat
2biji kulit oren disagat
200gm tepung paling halus

Cara2nya: 

ayakkan tepung dan baking powder ketepikan pukul butter+planta+gula+garam sehingga kembang,masukkan telur1 per 1 ,putarkan lagi sehingga sebati . masukkan esen+oren sunquick+tepung dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga habis seterusnyasusu pekat dan kulit oren yang telah disagatkan td
masukkan dalam loyang yang disapu mentega dan tepung dan dibakar padasuhu 180c 1jam 

Mufin Pandan

 Bahan2:

125 g mentega
2 biji telur gred A
80 g gula halus
150 g tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
30 g kelapa kering
1 camca besar serbuk santan
1/4 cawan susu segar (susu cair pon bole)
1 camca teh pandan paste
Secubit garam
Sedikit kelapa kering untuk ditabur (buh badam pon sedap)

Cara2nya:

1.Panaskan oven pada suhu 175C ( ikot oven masing2), alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Satukan tepung berserbuk penaik dengan kelapa kering, serbuk santan dan secubit garam, gaul rata. Ketepikan.

2.Putar mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga putih. Masukkan pandan paste dan kacau rata.

3.Perlahankan speed dan masuk tepung berselang seli dengan susu cair hingga selesai. Kacau rata. Sudukan 3/4 penuh ke dalam muffin cup tadi dan tabur sedikit kelapa kering atasnya. Bakar 25 - 30 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang..

Kek Batik

Bahan2:

3 cawan milo

1 cawan butter/margarine
1 cawan susu pekat manis
250 gm biskut marry

Cara2nya:

1. campurkan milo, butter, susu...gaul sebati...
2. panaskan adunan td menggunakan api pelahan...
3. stir well..sampai adunan btl2 berkilat...
4. tutup api...masukkan biskut...gaul sebati..
5. masukkan dalam loyang yg dialas parchment paper/plastik
6. sejuk kn dalam fridge.

Jumaat, 18 Jun 2010

Donat

Bahan2:

500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara
1.Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2.Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
3.Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
4.Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
5.Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com 
6.Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
7.Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
8.Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA

Maruku

• 300 g tepung beras (cap gajah)=(3 cwn rata)
• 300 g tepung pulut = (3 cwn rata)
• 185 g mentega = (3/4 buku + 1 sb rata)
• 25 g jintan putih/halus = (4 sb rata )
• 100 g bijan = (10 sb rata)
• 1 sk serbuk lada putih
• 1-2 sk serbuk cili
• 750 ml air dicampur 1/2 sk garam
• minyak masak secukupnya untuk goreng terendam
• acuan maruku yang berbunga bintang
CARA-CARA
1.
Di dalam sebuah bekas yang besar,gaul rata tepung2,mentega,jintan,bijan,serbuk lada dan serbuk cili hingga menjadi abuk roti.
2.
Buatkan lubang di tengah2 dan tuangkan campuran air garam sedikit2 sambil diuli hingga menjadi adunan doh yang lembut dan tak melekit,supaya mudah ditekan apabila menggoreng.(air garam dlm adunan tk pernah habis klau akak buat maruku ni,gunakan setakat doh lembut...dah ok)

3.
Panaskan minyak di dalam kuali.Bubuh secukup adunan di dalam acuan dan tekan adunan mengikut lingkaran bulat terus ke dalam kuali.Biarkan seketika dan balikkan dan goreng hingga perang.

PS: adunan ni bnyak jgak..klo tok mkn wt 1/2 sukatan jer.. :

Biskut Kelapa

Bahan2:

1/2 mgkuk tpung gndum

3 1/2 tpung jagung atau tepung sagu

2 mgkuk klapa kerisik

1 3/4 mgkuk gula

4 biji telur

2cmca baking powder

mntega ikut basah


Cara2nya:

-cmpurkan kesemua bahan2 dalam 1 bekas gaul hgga sbati

- kmdian mentega sdkit demi sdikit

- terap aduanan dan kmudian di bakar hgga masak dgn api yg kecil

Biskut Conflakes

Bahan2:

2 mngkuk tepung gandum

1/2 mangkuktepung  sagu 

3/4 mangkuk gula

1 biji telur

1 kotak conflakes


Cara2nya:

- tepung gndum,gula dan tepung sagu di campur dalam 1 bekas dan gaulkan

-ramas cornflakes hingga hancur dan masukan ke dalam adunan tepung

-masukan telur sbiji demi sbiji dan gaulkan

- kmudian masukan planta shingga adunan boleh di terap

-kemudian dibakar hingga masak

Biskut Sarang Semut

Bahan2:

3 cawan tepung gandum

1/4 cawan tepung jagung

3/4 cawan gula

2 biji merah telur

2 camca teh esen ros

1 cawan planta/majerin

sdkit coklat rice


Cara2nya:

- pukul mentega dan gula shingga kembang

- masukan merah telur 1 persatu dan kacau lagi,masukan esen ros dan tepung gandum sdikit demi sedikit

- akhir sekali masukan tepung jagung sedikit demi sedikit

- parut adunan mggunakn parut / sagat timun kedalam mangkuk kertas

- taburkan coklat rice diatasnya dan bakar dgn api sdrhana


Apam Sari Ayu

Bahan2:

 2 1/2 cwn tepung gandum

1/2 cwn gula 

4 biji telur
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 sk ovallete
2 cwn santan ( 1 biji kelapa)
perwarna hijau
kelapa putih yang dicampir sedikit garam

cara2
1) putarkan telur+gula sehinggakembang kemudian tambahkan ovallete
2) masukkan santan putarkan + telur + pewarna putar sehingga sebati
3) masuk kelapa putih ke dalam acuan tekan2 kan sedikit dan tuangkan adunan tadi dan boleh dikukus sampai masak....selamat mencuba

Apam Mekar

 
 Bahan-bahan ( anggaran 10-12 biji p/line size besar)

125 gm tepung gandum * (1 cwn + 1 1/2 sb)
1 sudu kecil baking powder* (*ayak bersama)
115 gm gula halus ** (klu rajin ayak)
1/2 sudu kecil penuh ovallete
4 1/4 sudu besar susu cair
1 biji telur -saiz A
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil coklat emulco/pandan paste/pewarna... (yg ini ikut suke)


Cara-cara

1. Panaskan pengukus .Sediakan papercup beralas mangkuk aluminium.
2. Pukul semua bahan KECUALI choc emulco/pewarna hingga sebati dan pekat.
3. Adunan dibahagi kepada beberapa bahagian dan bubuh choc emulco/pewarna pada satu bahagian.
4. Bubuh adunan berselang-seli dalam papercup yg tersedia hingga habis.
5. Kukus hingga mekar selama 10-15 min dgn API KUAT.
6. Sejukkan kuih dan boleh disajikan

** Bancuhan jangan dipukul terlalu lama sbb mixer akan panas dan mencairkan adunan. Ini boleh menyebabkan adunan bantat setelah dikukus
** Make sure gune api kuat time masukkan dalam pengukus
**Paperline kena lapik dgn mangkuk aluminium --nanti benyek jer plakkkk...kecuali menggunakan mangkuk muffin.

Roti Canai

bahan2:
1) 1 kg tepung
2) 2 sudu besar marjerin
3) 1 biji telur
4) 2-3 sudu besar susu pekat manis
5) garam secukup rasa
6) air utk m'adun
7) minyak masak utk melembutkn doh/utk perap doh
CARA2:~
1) sediakan bekas yg sesuai utk m'uli @ m'adun roti
2) letakkn 1kg tepung (tinggalkn sedikit tepung dgn tujuan supaya jika doh terrr'lembik bolehlah dselamatkn dgn tpg itu) ^_^
3) gaul rata tepung dgn garam & marjerin (gaul hgga marjerin x lg berketul2)
4) buatkan adunan itu brbentuk gunung & buatkn lubang di tgh utk diisikan telur, susu & sedikit air dahulu~~ adun dgn brhati2..(kemudian + air & adun lg shingga mnjadi doh yg lembut & x melekat d tgn) =bak kata chef wan selembut cuping telinga anda hehe
5) uli doh itu seketika & leperkan sedikit doh itu & tekan2 dgn jari2 anda utk mmbuat lubang2 kecil (AWAS jgn sampai tembus ) & curahkn sedikit minyak ke atas lubang2 itu...uli lagi hgga sebati
6) ULANG LANGKAH 5 (tujuan utk melembutkan doh)
7) bentukkan doh td menjadi bebola2 kecil (saiz ikut kesesuaian )
8) lumurkan bebola itu dgn marjerin ~ jgn terlalu sedikit (tujuan supaya x melekat antara stu sma lain) @ boleh juga susun dulu bebola itu dlm bekas yg sesuai & curahkan minyak masak ke atas bebola hingga bebola itu terendam sedikit ~ xlh trlalu banjir. perap dahulu doh beberapa jam sblm menebar (biasanya utk makan pagi sy adun dohnya sblm tido ~ so keesokannya dh boleh sedia utk menebar roti canai)

Apam Coklat

Bahan2:

4 biji telur ayam

1 cawan gula pasir

1 cawan susu pekat manis

2 cawan tapung gandum

1/2 cawan susu tepung

1 cawan serbuk koko

1 cawan air suam

1 sudu soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder

Cara2nya:


- blender telur dan gula

- masukan susu dan minyak

-masukan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan susu tepung

- masukan air dan gaul sebati

-msukan kedalam acuan pengukus kecil atau loyang

- panaskan air pengukus apabila mengelegak kukuskan hingga masak

acuan kecil - 20 min

loyang- 30 min