BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Halaman

Jumaat, 18 Jun 2010

Maruku

• 300 g tepung beras (cap gajah)=(3 cwn rata)
• 300 g tepung pulut = (3 cwn rata)
• 185 g mentega = (3/4 buku + 1 sb rata)
• 25 g jintan putih/halus = (4 sb rata )
• 100 g bijan = (10 sb rata)
• 1 sk serbuk lada putih
• 1-2 sk serbuk cili
• 750 ml air dicampur 1/2 sk garam
• minyak masak secukupnya untuk goreng terendam
• acuan maruku yang berbunga bintang
CARA-CARA
1.
Di dalam sebuah bekas yang besar,gaul rata tepung2,mentega,jintan,bijan,serbuk lada dan serbuk cili hingga menjadi abuk roti.
2.
Buatkan lubang di tengah2 dan tuangkan campuran air garam sedikit2 sambil diuli hingga menjadi adunan doh yang lembut dan tak melekit,supaya mudah ditekan apabila menggoreng.(air garam dlm adunan tk pernah habis klau akak buat maruku ni,gunakan setakat doh lembut...dah ok)

3.
Panaskan minyak di dalam kuali.Bubuh secukup adunan di dalam acuan dan tekan adunan mengikut lingkaran bulat terus ke dalam kuali.Biarkan seketika dan balikkan dan goreng hingga perang.

PS: adunan ni bnyak jgak..klo tok mkn wt 1/2 sukatan jer.. :