BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Halaman

Ahad, 20 Jun 2010





Kek Coklat

 Bahan2:

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
Pukul telur hingga kembang
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak

Kek Oren

 Bahan2:

200gm butter
100gm planta ]
200gm gula halus
11/2 sudu kecil baking powder
5 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar sunquick
1 sudu besar susu pekat
2biji kulit oren disagat
200gm tepung paling halus

Cara2nya: 

ayakkan tepung dan baking powder ketepikan pukul butter+planta+gula+garam sehingga kembang,masukkan telur1 per 1 ,putarkan lagi sehingga sebati . masukkan esen+oren sunquick+tepung dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga habis seterusnyasusu pekat dan kulit oren yang telah disagatkan td
masukkan dalam loyang yang disapu mentega dan tepung dan dibakar padasuhu 180c 1jam 

Mufin Pandan

 Bahan2:

125 g mentega
2 biji telur gred A
80 g gula halus
150 g tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
30 g kelapa kering
1 camca besar serbuk santan
1/4 cawan susu segar (susu cair pon bole)
1 camca teh pandan paste
Secubit garam
Sedikit kelapa kering untuk ditabur (buh badam pon sedap)

Cara2nya:

1.Panaskan oven pada suhu 175C ( ikot oven masing2), alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Satukan tepung berserbuk penaik dengan kelapa kering, serbuk santan dan secubit garam, gaul rata. Ketepikan.

2.Putar mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga putih. Masukkan pandan paste dan kacau rata.

3.Perlahankan speed dan masuk tepung berselang seli dengan susu cair hingga selesai. Kacau rata. Sudukan 3/4 penuh ke dalam muffin cup tadi dan tabur sedikit kelapa kering atasnya. Bakar 25 - 30 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang..

Kek Batik

Bahan2:

3 cawan milo

1 cawan butter/margarine
1 cawan susu pekat manis
250 gm biskut marry

Cara2nya:

1. campurkan milo, butter, susu...gaul sebati...
2. panaskan adunan td menggunakan api pelahan...
3. stir well..sampai adunan btl2 berkilat...
4. tutup api...masukkan biskut...gaul sebati..
5. masukkan dalam loyang yg dialas parchment paper/plastik
6. sejuk kn dalam fridge.

Jumaat, 18 Jun 2010

Donat

Bahan2:

500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara
1.Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2.Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
3.Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
4.Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
5.Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com 
6.Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
7.Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
8.Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA