BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Halaman

Jumaat, 18 Jun 2010

Apam Mekar

 
 Bahan-bahan ( anggaran 10-12 biji p/line size besar)

125 gm tepung gandum * (1 cwn + 1 1/2 sb)
1 sudu kecil baking powder* (*ayak bersama)
115 gm gula halus ** (klu rajin ayak)
1/2 sudu kecil penuh ovallete
4 1/4 sudu besar susu cair
1 biji telur -saiz A
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil coklat emulco/pandan paste/pewarna... (yg ini ikut suke)


Cara-cara

1. Panaskan pengukus .Sediakan papercup beralas mangkuk aluminium.
2. Pukul semua bahan KECUALI choc emulco/pewarna hingga sebati dan pekat.
3. Adunan dibahagi kepada beberapa bahagian dan bubuh choc emulco/pewarna pada satu bahagian.
4. Bubuh adunan berselang-seli dalam papercup yg tersedia hingga habis.
5. Kukus hingga mekar selama 10-15 min dgn API KUAT.
6. Sejukkan kuih dan boleh disajikan

** Bancuhan jangan dipukul terlalu lama sbb mixer akan panas dan mencairkan adunan. Ini boleh menyebabkan adunan bantat setelah dikukus
** Make sure gune api kuat time masukkan dalam pengukus
**Paperline kena lapik dgn mangkuk aluminium --nanti benyek jer plakkkk...kecuali menggunakan mangkuk muffin.